Monday, September 30, 2013

GAMBAR KENANGAN DI SK KPG. PENASU, DARO, SARAWAK





Pelajar asrama terdiri daripada kaum Iban yang menginap di rumah panjang berdekatan sekolah. Mereka boleh hidup berdikari bermula darjah 1 hingga darjah 6.



Sistem bekalan air bawah tanah untuk kegunaan pelajar dan guru. Kampung ini masih lagi tiada kemudahan bekalan air, jalan dan elektrik. Sekolah ini masih lagi menggunakan bekalan generator 24 jam (terputus-putus).



HARI MAU HUJAN.....!

Alhamdulillah......bermakna tangki air hujan akan penuh...
ada air untuk memasak, basuh kain....
dan yang paling penting M.A.N.D.I...



Suasana di Jeti kampung...
sambil-sambil tunggu bot untuk ke bandar, boleh lihat matahari pagi..




Bot...oh bot..kenapa tak datang lagi...



FENOMENA AIR PASANG BESAR

Jalan titi digunakan kerana tanah dikawasan ini berlumpur dan fenomena air pasang besar.




air pasang




Ibu bapa pelajar datang membawa anak mereka pulang ke rumah masing-masing pada setiap hari Jumaat dan menghantar balik ke asrama pada petang Ahad.






GELAGAT pelajar tahun 1,
Hezron Hector dan Bryden Brauh



Bot ekspress...
makanan, minyak petrol
bawa semua benda naik atas...
motosikal pun boleh...



SOLAT MAGHRIB
Pelajar asrama Islam diwajibkan solat berjemaah..(6 orang pun jadilah...)

*dari kiri; Hisham(yg tutup mulut), Faif Badehi ( yg garu kepala), Fakhrul Hisham( yg kontrol macho), dan Hanafi Osman Lau.

                       Haaa...cepat posing.........!




CEPAT AMBIL GAMBAR KAMI !

bila kami besar nak jadi penyanyi, model, jurugambar,,,, guru......doktor.......polis..........

(itulah yang pelajar akan kata setiap malam)





PEMANDANGAN DARI ATAS

perumahan PPRT bagi memindahkan penduduk di tepi sungai dari kejadian tanah susur


penduduk kampung menunggu bot ekspres di awal pagi untuk ke bandar Sibu (yg pakai beg galas tu Imam tua)





GENERATOR kampung ( yg ditutupi zink biru)

generator dihidupkan pada pukul 6 petang sehingga jam 1100 malam.






MAJLIS DOA SELAMAT untuk pelajar UPSR

moga-moga usaha mereka dan keberkatan guru mengajar membuahkan hasil.






< KEPADA GURU-GURU (TERUTAMANYA DARI SEMENANJUNG)...SYABAS SAYA UCAPKAN KERANA KESUDIAN ANDA MENGAJAR DISINI >

< DAN JUGA KEPADA BAKAL GURU YANG AKAN DIPOSTINGKAN DI SINI...JANGAN TAKUT...DATANG JE LAH...TIMBA PENGALAMAN....PENGALAMAN MENDEWASAKAN HIDUP>




~~ TAMAT ~~